Hero Posts

Cara Ampuh Menenangkan Baby Baru Lahir

Cara Ampuh Menenangkan Baby Baru Lahir
KiatZ.com~Namanya anak baru lahir pasti akan bawel,saya pernah mengalami masalah di mana bayi meragam pada waktu malam, waktunya pula, hmmm..sungguh menguji kesabaran - baby akan bangun antara jam 12-3 pagi dan akan tidur semula paling awal jam 5 pagi! Bayangkan. Keadaan ini berlaku dalam jangkamasa 1-5 minggu selepas kelahirannya.

Jadi apa yang telah saya dan suami (dan juga ibu serta mentua saya)lakukan? Kami terpaksa bergilir-gilir 'bermain' dengannya sampailah dia mengantuk semula.

Rupa-rupanya itu memang tabiat baby baru lahir. Pada sesetengah masa, baby baru akan tidur panjang pada waktu siang dan berjaga (juga panjang) di waktu malam. Alahai...pada masa itu, hanya Allah saja yang tahu betapa mengantuknya kami.

Jika baby berjaga, tiada apa yang boleh kami lakukan untuk menidurkannya kembali kecuali membuatkannya 'letih' dengan bermain-main dengannya, berbual sedikit, dan akhirnya meniarapkannya di bahu supaya dia berasa tenang selepas lama bermain.

Sebenarnya baby memang suka apabila ditiarapkan pada bahu. Caranya adalah dengan meniarapkannya di bahagian kiri atau kanan dada kita dan membiarkan kepalanya terlintuk pada bahu kita. Kebanyakan masa, baby saya akan tidur semula dengan tenang selepas bermain jika saya membelainya dengan cara ini. Cara ini juga, selain dapat menenangkan baby, ia dikatakan dapat membuatkannya sendawa terutama selepas disusukan.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah cara anda menenangkan baby baru lahir yang banyak ragamnya.

Demikianlah Kiat Hari ini Tentang Cara Ampuh Menenangkan Baby Baru Lahir dikutip dari duniamama.com , Sumber Foto Gambar google Dari Baca juga Kiat Untuk Pria Dalam Memilih Dan Membeli Celana Dalam Yang Baik Dan Benar Agar Nyelibnya Bagus
Anda mungkin menyukai postingan ini